Login | Sign Up | About Us | Contact | Help | Sitemap
 
9/9/2010
 
Search
   
Language
 
 
  Home  
     
     
 
 
     
Newsletter Subscribe
 
 
  Multimedia Collections  
     
  Photos
» collection 1
» collection 2
  Audio
» collection 1
» collection 2
  Video
» collection 1
» collection 2
 
   


Ayat Quran bersulam
Posted on 9/26/2007 11:54:17 AM


Ayat Quran bersulam, satu-satunya di dunia
Oleh ZAKARIA ABDUL WAHAB

LAHORE: Manuskrip-manuskrip awal al-Quran, dari mula wahyu diturunkan, ditulis dengan tangan atas pelbagai jenis bahan, dan kualitinya meningkat dari generasi ke generasi.

Pada zaman Nabi Muhammad, sebahagian daripada wahyu ditulis pada tulang, kulit binatang dan daun-daun kurma dan dakwatnya diperbuat dari bahan yang dibakar.

Terdapat al-Quran yang ditulis pada kepingan kulit kambing dan unta berusia bertahun-tahun, selepas kematian Nabi Muhammad, tetapi salinan Quran yang lebih bermutu dihasilkan selepas mesin cetak dicipta.

Ayat-ayat al-Quran yang disulam membentuk satu teks al-Quran yang dipamerkan di Badshahi menjadi daya tarikan pengunjung. (foto Bernama) Bagaimanapun, ramai tidak mengetahui, ada senaskah al-Quran, dipercayai satu-satu seumpamanya yang wujud di dunia, yang ayat-ayatnya dihasilkan dengan sulaman benang.

Quran ini dibahagikan kepada 30 bahagian, keseluruhannya disimpan rapi dalam laci gelas di dewan pameran dalam Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan. Pegawai protokol masjid itu, Muhammad Yousuf, berkata Quran itu ditemui selepas kematian pembuatnya, Attar Mohamed, seorang rakyat biasa, tiga hari selepas ia menyelesaikan kerja-kerja sulaman.

Berasal dari Lahore, Attar berusia 40 tahun, mengambil masa 10 tahun menyulam Quran itu mulai 1966, kata beliau. Attar melakukan sulaman itu demi mendapatkan ketenangan jiwa. Hari ini, ramai mengunjungi masjid itu untuk melihat Quran yang disulam indah itu.