Login | Sign Up | About Us | Contact | Help | Sitemap
 
9/6/2010
 
Search
   
Language
 
 
  Home  
     
     
  Islamic Discovery  
  library1
 
     
Multimedia Collections
  Send!  
  Photos  
     
  Photos
  Audio
  Video
 
 
 
 
   
Al-Quran Mushaf Malaysia


Pembinaan Al-Quran Mushaf Malaysia adalah usaha pertama rakyat Malaysia untuk negara dalam mambantu dunia menghidupkan kembali seni mushaf yang telah menghilang sejak 500 tahun yang lampau. Usaha ini telah membuahkan hasil dengan pelancaran secara rasmi Al-Quran Mushaf Malaysia pada 17 Ramadhan 1417 bersamaan 26 Januari 1997 di Balai Pameran Islam, Pusat Islam Kuala Lumpur.

Selain itu, Yayasan Restu juga telah menghasilkan manuskrip Al-Quran beriluminasi (berhias) dan berwarna penuh. Ia dihasilkan dari salinan tangan empat orang Khattat (penulis khat) tempatan dengan mengunakan handam atau resam (sejenis pokok paku pakis).

Al-Quran Mushaf Malaysia mengandungi 30 Juz beriluminasi penuh dengan mengaplikasikan motif dan rekabentuk seni tampak Melayu bercirikan kebudayaan Islam seluruh negeri di Malaysia.

Usaha pembinaan Al-Quran Mushaf Malaysia mengambil masa lima tahun, termasuk kajian dan perkembangan (R&D). Al-Hamdulillah, kini Malaysia menpunyai mushaf Al-Quran sendiri melalui penerbitan AL-Quran Mushaf Malaysia - Taba’ah Ma’aarij Al-Jamal pada bulan Mac 2000 dan kini dalam tahun kedua telah pun dicetak untuk kali keempat untuk edaran dalam dan luar negara dengan nafkhah (harga) RM 50.00 sahaja.

Usaha terkini Yaysan Restu adalah untuk menerbitkan Siri Koleksi Al-Quran Mushaf Malaysia bertaraf antarabangsa yang mengandungi tiga jilid dengan nafkah (harga) RM 35,000 setiap satu set. 

 

http://beta.mushaf.com.my/web/galeri/